Kehidupan peribadi Ady_Putra

Beliau berkahwin dengan Zuhaida Yusof pada 14 April 2006 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Zara Adelia yang dilahirkan pada 18 Oktober 2012 sebelum bercerai pada Mac 2017 dan kemudian bernikah semula pada Januari 2018.[53][54] Adi berkahwin kali kedua dengan Norshahida Dzolkifly pada 20 Jun 2016 sebelum bercerai pada Mac 2017.[55] Adi dalam satu kenyataan di laman Instagram beliau memberitahu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua-dua isterinya dan memfailkan perceraian dengan Aida di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac 2017.[56][57]

Adi didakwa oleh bekas isterinya, Norshaida Zolkifly kerana menggunakan sijil perkahwinannya secara berniat jahat untuk menjalankan perniagaan di luar negara, menggunakan namanya tanpa persetujuannya. Laporan polis dibuat oleh Norshaida pada 10 Disember 2017.[58] Adi mengumumkan di laman Instagram miliknya pada April 2018 bahawa beliau telah menerima taraf warganegara Malaysia, begitu juga isteri dan anak - anak adalah warganegara Malaysia.[59]

Beliau merupakan penyokong tegar Barisan Nasional dan turut menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya umum ke-14 yang diadakan pada 9 Mei 2018.[60]

Rujukan

WikiPedia: Ady_Putra http://www.astroawani.com/berita-hiburan/adi-putra... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hanyut-ak... http://blog.azhad.com/2005/05/teater-rubiah.html http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.gempak.com/artikel/9408/sudah-tiba-masa... http://www.imdb.com/name/nm2866919/ http://www.kitepunye.com/movieteater/suami-aku-ust... http://www.malaysiandigest.com/archived/index.php/... http://www.malaysiandigest.com/hiburan/495685-foto... http://www.cinema.com.my/news/gallery.aspx?search=...